Minda Ceria← Laman utama

Dasar Privasi

Dikemas kini 23 Oktober 2026. Dasar ini menerangkan cara Minda Ceria mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Data anda dikendalikan oleh BINGKAI HITAM ENTERPRISE, nombor pendaftaran SSM 002996789-K, berdaftar di Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia.

Data pembeli (ibu bapa)

  • Nama, e-mel dan nombor telefon: untuk pesanan, akaun, log masuk dan bantuan.
  • Rekod pesanan dan status bayaran. Butiran kad atau akaun bank tidak disimpan; bayaran diproses oleh gerbang bayaran.
  • Senarai peranti berdaftar (label peranti dan masa terakhir digunakan): untuk had 1 peranti. Anda boleh membuang peranti di laman Log masuk atau di dalam app.
  • Kod rujukan affiliate (jika anda datang melalui pautan affiliate): untuk mengira komisen.

Data anak

Secara lalai, profil anak dan kemajuan disimpan dalam peranti anda sahaja. Tiada data anak dihantar kepada kami.

Jika anda memilih Segerak dalam talian (dengan persetujuan anda di dalam app), data berikut disimpan dalam akaun anda supaya boleh dipulihkan di peranti lain:

  • Nama panggilan, tahap persekolahan dan gambar haiwan (avatar) yang dipilih.
  • Keputusan game: bintang, skor, rekod peribadi, jawapan dan kemajuan kemahiran.
  • Keputusan Ujian (markah terbaik setiap kertas) dan kemajuan membaca buku cerita.
  • Hadiah yang ditetapkan ibu bapa (nama dan sasaran bintang) serta pencapaian, gelaran dan bingkai.

Admin Minda Ceria boleh melihat nama panggilan anak dan statistik penggunaan (bila kali terakhir bermain, game, pelajaran, ujian dan buku yang dimain, serta bilangan jawapan betul) untuk menambah baik game dan kandungan. Ini hanya untuk profil yang disegerak. Admin tidak melihat foto anak, dan statistik ini tidak dipaparkan kepada pengguna lain.

Foto sendiri anak dan gambar hadiah tidak pernah dihantar. Ia kekal dalam peranti tempat ia diambil. Di peranti lain, profil akan memaparkan gambar haiwan yang dipilih, dan anda boleh menetapkan foto anak sendiri di peranti itu.

Kami tidak meminta e-mel, nombor telefon atau alamat anak. Tiada papan markah awam, tiada iklan, dan data anak tidak dijual atau dikongsi untuk pemasaran.

Game sendiri dengan AI (MCP)

Jika anda menyambung aplikasi AI untuk mencipta game, kami menyimpan:

  • Fail game yang dihantar oleh AI (kod, gambar, audio, soalan) serta versi draf dan versi terbit.
  • Rekod sambungan AI: nama aplikasi AI, masa disambung dan masa terakhir digunakan. Token sambungan disimpan dalam bentuk tersulit (hash) sahaja.
  • Keputusan ujian game semasa anda mencuba pratonton (sama ada game bermula, tamat dan ralat teknikal). Ini tidak termasuk data anak.

Admin Minda Ceria boleh membuka dan memainkan game anda untuk semakan keselamatan, sokongan dan menilai tawaran jual. Kami tidak menerima perbualan anda dengan aplikasi AI. Apa yang anda taip kepada AI tertakluk pada dasar privasi pembekal AI itu. Jangan masukkan foto atau maklumat peribadi anak dalam game.

Fail game disimpan sehingga anda memadamnya. Selepas dipadam, nama dan subjek game disimpan supaya laporan kemajuan anak masih boleh memaparkannya.

Game yang dijual

  • Jika anda menerima tawaran jual, salinan game yang diterima disimpan dan dijual kepada pengguna lain. Salinan ini kekal selagi ia dijual atau telah dibeli, walaupun anda memadam game asal.
  • Kami merekod setiap jualan (nombor pesanan, harga, peratus dan bahagian anda) dan setiap bayaran kepada anda (jumlah, tarikh, nota) untuk mengira pendapatan dan baki anda. Rekod ini dipaparkan kepada anda di laman akaun.
  • Akaun bank yang anda isi (nama bank, nama pemegang, nombor akaun) digunakan untuk membayar bahagian anda sahaja. Nombor penuh hanya dilihat oleh admin Minda Ceria; anda hanya nampak 4 digit terakhir. Ia dipadam bersama akaun anda.
  • Pembeli tidak menerima e-mel, nombor telefon, akaun bank atau data akaun anda.

Kawalan anda

  • Hidupkan atau matikan segerak bila-bila masa: app Minda Ceria, Kawasan ibu bapa, Tetapan.
  • Padam data dalam talian satu profil: Tetapan, Data dalam talian, Padam data dalam talian. Data dalam peranti tidak disentuh.
  • Padam profil anak sepenuhnya: Kawasan ibu bapa, Profil anak, Padam.
  • Akses, pembetulan atau pemadaman akaun: hubungi [email protected]. Kami membalas dalam 21 hari.

Penyimpanan dan keselamatan

  • Data disimpan di pelayan kami dan dihantar melalui sambungan disulitkan (HTTPS).
  • Pemproses pihak ketiga yang kami guna: gerbang bayaran (bayaran), penyedia e-mel (e-mel akaun) dan penyedia rangkaian (penghantaran laman). Mereka tidak menerima data anak.
  • Data segerak disimpan selagi akaun aktif atau sehingga anda memadamnya.

Kuki

Kami guna kuki untuk sesi log masuk, pengenalan peranti app, dan kod rujukan affiliate (7 hari). Laman jualan juga menyimpan dalam pelayar anda dari mana anda datang (contoh: iklan Facebook, carian Google, pautan WhatsApp) selama 30 hari, supaya kami tahu saluran mana yang berkesan. Ia tidak mengandungi nama, e-mel atau telefon. Laman jualan (halaman utama dan halaman selepas bayaran) menggunakan Meta Pixel untuk mengukur iklan kami: Meta menerima halaman yang dilawati, pesanan dimulakan dan pembelian (nombor pesanan dan amaun). Untuk memadankan pembelian dengan iklan, e-mel, telefon dan nama pembeli dihantar ke Meta dalam bentuk hash SHA-256 (disulitkan sehala di pelayar anda, bukan teks asal). Data anak tidak pernah dihantar. App Minda Ceria dan halaman akaun tidak menggunakan Meta Pixel.

Hubungi kami

[email protected]